PKEMP ditubuhkan pada bulan Disember 2009 , mempunyai seramai 107 ahli yang berdaftar terdiri daripada Kontaktor Pakar dalam bidang kejuruteraa elektrik di Negeri Perak . Pendaftaran Keahlian adalah bergantung kepada pendaftaran syarikat sebagai Kontraktor Elektrik yang ditauliahkan oleh Suruhanjaya Tenaga ( ST ) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia ( CIDB ) bertaraf BUMIPUTERA.
KEAHLIAN PKEMP , keahlian terdiri daripada kontraktor elektrik melayu berstatus BUMIPUTERA yang bergiat aktif dinegeri Perak.
BIDANG KERJA AHLI PKEMP, PKEMP mempunyai ahli-ahli kontraktor elektrik yang terdiri daripada berbagai bidang kemahiran , berpengalaman dan kepakaran dalam kejuruteraan elektrik seperti pendawaian elektrik , lampu jalan dan lampu keselamatan , lampu isyarat , janakuasa ,talian Atas , kabel bawah tanah , sistem komunikasi , sound sistem , networking cabling , CCTV , MATV , door acces sistem dan termasuk kerja-kerja penyelenggaraan bangunan.
POLISI PKEMP
Mengutamakan Kebajikan dan Membantu Ahli-Ahli Serta Memperkasakan Kontraktor Elektrik Melayu Negeri Perak.
VISI
Peranan utama PKEMP adalah untuk menyatukan Kontraktor-Kontraktor Elektrik Melayu di Negeri Perak .PKEMP juga adalah platform untuk kontraktor Elektrik Melayu mengujudkan jaringan niaga dan memberi latihan teknikal kepada ahli-ahli .PKEMP juga menjadi platform kepada ahli-ahli sebagai perantara bagi membantu dan menyuarakan pandangan dan permasalahan kepada jabatan kerajaan dan agensi swasta.
MISI
Membangun dan Memperkasakan Industri Pembinaan Malaysia Dalam Bidang Kepakaran Kerja-Kerja Kejuruteraan Elektrik .
OBJEKTIF DAN MATLAMAT PKEMP
Menjadi tulang belakang kepada semua ahli Kontraktor Elektrik Melayu Perak yang berdaftar dibawah PKEMP bagi memperjuangkan hak-hak dan menyuarakan isu-isu yang berbangkit oleh ahli.
Memastikan peluang-peluang kerja untuk ahli-ahli dan diagihkan secara telus , iklas dan mengikut prosedor yang telah ditetapkan sejajar dengan dasar kerajaan.
Menjalinkan hubungan yang baik bersama agensi-agensi kerajaan dan swasta untuk kepentingan ahli-ahli.